AqilAmniAniq

AqilAmniAniq
newborn

Saturday, October 22, 2011

dah makin besar...

AQIL..
bulan depan dah 4 tahun..selalu cakap kat mak..
mak..aqil dah besar..dah 5 tahun..huhu..padahal baru 4 tahun je..
last wk masa nak antar aku g keje ,janji ngan kawan jumpa kat taska anak dia..
dia dgr aku baca msj tu agaknya..kat dalam kete berlaku perbualan:

aqil: nape mak nak g taska?mak kan dah besar?
aku: haha..mmg mak dah besar..mak nak jumpa kwn mak je kat sana..
aqil: oooo..mak nak jumpa kawan mak..
aku: nape qil,org besar xleh dok taska ker?
aqil: haah..taska untuk budak kecik jer...

aqil..aqil..dah makin besar dan pandai bercakap..tapi mcm makin kuar menanges jer..mengamuk la..kena tiup kerap2 ni ..xleh skip..mak yang salah ni..terlalu penat sampai x dapat layan anak2 nak tido..huhu..

AMNI..

dah makin comel..huhu..lom pandai bercakap wpun next month dah 2 tahun..tp dah makin ringan mulut untuk bercakap..
mata= ata
hidung= adong
telinga= inga
gigi= gigi
pipi= titi
tangan= angan
kaki= tasi
rambut=ambut
baby=didi
dah byk yang dah ok dia sebut..nasi,susu,abah,mak,abang,adik..

ANIQ
dah pandai sembang bahasa dia..meniarap dan berpusing-pusing..sampai terjatuh katil 20 october ari tu..sejarah betul la aniq..menanges mak tgk aniq jatuh..esoknya kat taska cikgu cakap..aniq terhantuk kat katil pulak..merah dan bengkak kepala aniq kat belakang..huhu..berganda kesedihan..
harap2 xde pe2..

dah makin besar budak2 ni..rasa sedey sbb x dapat nak layan diaorg dgn baik..huhu..masa berlalu dgn tumbesaran diaorg..sedey mengenang saat2 yang di tinggalkan..berazam untuk mengisi masa dgn diaorg dgn lebey baik pada ms akan dtg..

Aniq semput..

huhu..11 october yang lalu..mlm tu flight aku g JB..ada Mesyuarat patologi kat sana 12-13 oct..pagi 11 oct tu kul 2.00 pg aku terjaga sebab aniq asyik batuk jer..mmg dia dah selsema > 2 wk..om and off..aku dgr lung doa dah ada bunyi2 pulak..

kul 7.30 pg gerak g ppum..kat RUKA..dah lepas cek..ada la berbunyi peparu dia..dapat la nebulizer.. dah ok..dapat ubat balik la..dalam kul 3 gak baru siap..memang bercinta2 tul kat spital...

dalam kul 7 malam..dia demam pulak..huhu..camner nak g JB nih..dah hampir msj bos bagi tau x pergi..burn jelah tiket tu bro cakap..aku ok jer utk burn..tetiba abah aku yg dtg dari kg cakap 'hang x percaya ker abah jg anak hang?'..uit.. sentap jap..

akhirnya aku g gak ke JB ..maafkan mak aniq..sbb tinggalkan aniq masa sakit..huhu..sedey sgt..

Alhamdulillah lepas seminggu aniq dah sembuh..semoga sentiasa sihat selalu ye nak..