AqilAmniAniq

AqilAmniAniq
newborn

Friday, April 9, 2010

anak-anakku botak

pagi ni pukul 5.30 am aku dah terjaga..tapi rasa x larat sangat nak g keje..badan lemah2 ..kesan suntikan H1N1 tu rasenyer..so dok umah jelah jaga anak2 tersayang..

lepas abah diaorang pergi kerja aku pun apa lagi..kejutkan amni dan botakkan dia..rambutnya dah panjang sangat nanti takut ruam kepala..amni pun sangat memberi kerjasama..dalam masa x sampai 20 minute selesai sesi pembotakkan amni..tnya kat aqil nak x???
dia jawab:x nak!!

xpelah kalau xnak..lepas tuh mandikan dak 2 orang ni dan bersiap-siap kuar g sarapn ngan abh diaorang kat ttdi jaya..
dalam sepuluh lebih dah balik umah..apalagi sesi pembersihan rumah la..habis sumer lantai aku mop..sarung sofa aku basuh..dah macam nak pengsan rasanyer..peluh dah mencurah- curah..tapi itu yang aku inginkan benornya..aku nak badan aku kuat lawan kesan H1N1 Nih..

lepas waktu solat jumaat..aqil wat permintaan untuk botak..aku pun..hermmm..sepantas jebat menghunus keris ku ambil pisau cukur..hahaha..botaklah jugak si aqil tuhh..

sekarang kedunya botakkk...tapi tetap comel pada panndangan mak....

Thursday, April 8, 2010

abah jaga amni



5 hari kat BTN..abah aqil yang jaga amni..aqil dah balik kampung..camner agaknyer yea..rupanyer leh arap jugak bro aku nih..berjaya dia jaga amni sorang2..cian dia kena berjaga lak bagi susu awal pagi kat amni..

alhamdulillah anakku si amni ni x banyak ragam..ada jugak amni tidur di taska masa 1st day aku kat BTN sbb abah dia balik lambat..cian dak amni kena tinggal ngan cikgu2 kat taska..kena extra charge rm 30..xde la mahal sgt..

dalam abah aqil jaga tuh,amni mula batuk dan selsema..ntah apa silap pun x tau..mungkin abah jaga n mak jaga beza kot..mungkin jugak..amni dah rindu mak..cian gak asyik minum susu beku jer selama 3-4 hari..

arap2 lepas nih dah xde sangat kena tinggalkan anak..tp kalau ada jugak..kenalah redha..

naseb baik aqil kat kg..klau x lagi berganda kerunsingan aku..

29 mac 2010..x sabarbyer nak amik amni kat taska..jumper jer amni..ayat pertama aku...


aik..baru abah jaga muka dah sebijik mcm abah..senyum cikgu TASKA TUH..
mpak amni gembira jumpa mak..sayang anak-anak mak nih..

macam nak benti keje pun ada..

hermmm..

Monday, March 22, 2010

amni dah besar..4 bulan..


cepatnyer masa berlalu..29hb mar ni genaplah amni 4 bulan..makin cerdik anak mak..murah senyuman dan berlesung pipit..sangat responsive pada agahan..

semalam ada 2 kali trial meniarap..tahniah nak..berjaya jugak ye,,bersungguh sungguh anak mak berusaha..cayok2..pak lang kata amni bulat..ye ker? mata yg bulat kan..

amni dah x banyak ragam..nak tidor pun senang..senang ati mak tgk amni..macam mana la amni kena tinggal ngan mak 25-29 mac ni..dok elok2 ngan abah yea..mak sayang amni.

taska ..betul ke pilihan aku???


hantar taska?cari pengasuh ??or antar keratong???..dilema giler aku masa nak masuk keje bulan feb yg lepas...

setelah mencari beberapa hari,akhirnya amni ke taska jua..ntah la.aku pun x tau apa perasaan aku masa tuh..aqil?adikku yg bongsu osman jaga di rumahku..huhu..cian dak aqil cian dak amni..inilah nasib mempunyai ibu yg bekerja.

hari pertama amni di taska merupakan hari pertama aku bekerja selepas bercuti panjang..hati ini tidak tenang..terganggu pun ada..mcm 2 di kotak fikiran..antaranya..
1)takut orang biar anak aku nages sampai tertidor.
2) takut org bagi anak aku ubat batuk supaya tidor..
3) takut anak aku jatuh org x bagi tau..
4) dan mAcam2 lagi..semuanya takut..xde yang berani..

akhirnya aku menerima jua keaddan realiti kehidupan.aku tiada pilihan..aKU HARUS PERCAYA..walaupun x berapa nak percaya..huhu

selepas sebulan,amni dah dapat sesuaikan diri di taska dan dgn cikgu2 di sana..
aqil pula ke taska..lagi aku x senang duduk..
antar nanges.ambik nanges..last2 aku pun nanges..huahua...asyik demam n selsema.x baik2 selama sebulan..akhirnya last wk aqil di serang demam panas yang tinggi..berjaga malam aku..ke hospital sg buloh aqil di bawa.alhamdulillah keputusan X-ray cumea ada ckit jer pneumonia..kalau x dok wad la..last wk balik kg..tinggal la aqil kat sana utk menyihatkan diri..risau kalau ke taska menjadi semula..paling sedey,aqil tercari2 aku...huhu..mengalir air mata ini terkenangkan aqil..

10 ayat best aqil:
1) mak,kakak mandi
2) mak kakak pakai (baju)
3) mak,aqil nangis
4) mak aqi1 pandai
5)mak,aqil makan lauk telor..hari2 lak tuh,biar betul taska nih???
6)mak,kakak marah(sedey aku dgr)
7) mak ,kakak diam (sayu hati aku dia cuba bg tau sesuatu kat aku)
8) mak,aqil x nak taska..
9) mak,aqil ikut mak (nak ikut)
10) mak ,aqil naik kete keje(siap salam aku lagi)


sayang aqil dan amni..cepat2 besar dan jadi anak yang berguna..hari2 mak doakan kalian berdua..

Wednesday, January 13, 2010

aqil..aqil..


hermm...

aqil..aqil..Alhamdulillah..dah 2 tahun anak mak 29 nov 2009....pada tarikh tersebut juga..lahirlah adiknya amni faiqah..bermula la episod baru dalam hidup Muhammad Aqil bin Azhar...

menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya adalah sesuatu yang tidak terjangkau dek aqal fikirannya.

30 Nov 2009...itulah pertama kali aqil melihat amni di Hospital segamat..terpancar kegembiraan di wajahnya..berlari-lari dia mengejar..adik..adik..adik...terharu hati seorang ibu melihat seorang abang yang memanggil adiknya dengan gembira..terus dia mahu berdukung dan mencium adiknya..x sangka dia meluru begitu..aqil suka sangat mencium adiknya hinggakan kami terpaksa pulang menaiki kereta yanh berasingan..huhu..kesian aqil..

Pada minggu pertama menerima adik,kecemburuannya terhadap adik belum terzahir..dia hanya menunjukkan sayang dan kasih sahaja..

setelah seminggu berlalu..aqil mula mencemburui amni..bila hendak berpakaian dia mahu memakai baju amni,sarung tangan dan termasuklah diapers amni..kesian tengok..tapi nak wat camner..nak bagi pakai pun x muat..aqil sangat cemburukan amni..lagi2 kalau nenek dia yang meriba atau menyiapkan amni selepas mandi..dah beberapa kali amni menangis sebab aqil tepuk dia..cian gak dak amni nih..

Makin hari aqil makin cemburu..aqil juga dah x dengar cakap..dia macam memberontak..tapi asyik cium amni jerk..sampai amni nangis sebab rimas agaknya..macam2 yang dia buat untuk dapatkan perhatian..kalau kita berlembut x nak di dengar..


itulah kisah aqil 2 bulan yang lalu..sekarang aqil makin bijak dan pandai membawa diri..dah semakin pandai bercakap dan menyusun ayat..antara ayat2 aqil yang best dan kelakar di dengar..

1) mak..abah marah.

2 ) kereta pak long..kereta paklong..banyak.!!!!.( bila tengok kereta kelisa atas jalan or parking semuanya kereta paklong)

3) adik amni mana? aqil jawab 'mak bawak'

4) mak..tepon atuk

5) mak keje..ikut mak keje..

6) aqil berkata"aqil marah.."bila tanya aqil marah sapa? aqil jawab"marah aqil"

7)mak..nak naik kete pak long..

8) pak anjang muntah

9)aqil berak..basuh mak..

10)nak susu..


itulah aqil ..macam2 anak bjang mak nih..


semoga aqil menjadi anak yang soleh dan mendengar kata mak dan abah..aminn